"Berdisiplin Cergas Berilmu" itulah tema bagi lagu rasmi SMK Seksyen 11, Shah Alam. Lagu dan liriknya telah dicipta khas oleh En. Ramlan Harun, Penyelia Muzik dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Lagu ini buat pertama kali dinyanyikan pada tahun 1996 oleh pelajar-pelajar setelah 7 tahun sekolah ini dibuka secara rasminya. Lagu ini dinyanyikan pada setiap perhimpunan hari Isnin dan upacara-upacara khas.
"BERDISIPLIN CERGAS BERILMU"
Mendukung visi mulia
Bertekad menambah ilmu
Membentuk peribadi gigih berusaha
Membina insan berjiwa maju
Seiring bergandingan
Mencapai satu harapan
Segala bidang pastikan cemerlang
Kami tetap berjuang
Pada agama, bangsa dan negara
Kami berikrar setia
Budi bahasa dan bekerjasama
Menjadi amalan mulia
Dengan bimbingan guru bijaksana
diiringi restu ayah dan bonda
Majula Sekolah Menengah Projek
Berdisiplin Cergas Berilmu
Mendukung visi mulia
Bertekad menambah ilmu
Membentuk peribadi gigih berusaha
Membina insan berjiwa maju
Seiring bergandingan
Mencapai satu harapan
Segala bidang pastikan cemerlang
Kami tetap berjuang
Pada agama, bangsa dan negara
Kami berikrar setia
Budi bahasa dan bekerjasama
Menjadi amalan mulia
Dengan bimbingan guru bijaksana
diiringi restu ayah dan bonda
Majula Sekolah Menengah Projek
Berdisiplin Cergas Berilmu