SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SMK SEKSYEN 11 (PROJEK)

     SMK Seksyen 11 (PROJEK) terletak di atas tanah seluas 16.45 ekar. Ia telah dibina pada tahun 1989 dan siap dibina pada bulan Mac 1990. Sekolah ini merupakan sekolah harian berasrama. Tapak yang ada asalnya adalah untuk membina sekolah rendah dan menengah. Rancangan penubuhan SMK Seksyen 11 ini datangnya daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dato' Hussein Ahmad pada tahun 1989.


    Pada masa yang sama pihak Jawatankuasa Pengurusan RAF/MSSM/MSN dalam mesyuaratnya bertarikh 15 Oktober 1989 telah melancarkan satu skim yang dipanggil Skim Pembangunan FAM/MSSN/MSN. Dengan persetujuan Pengarah Pendidikan, maka SMK Seksyen 11 telah dipilih sebagai Sekolah Bola Sepak Negeri Selangor. Mulai saat itu SMK Seksyen Sebelas lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Projek Seksyen 11.Hasil perbincangan antara pengarah JPNS dengan KPP-KPP JPNS, pihak FAM, FAS, MSSM, MSN dan Pengetua pada bulan Julai 1990, maka beberapa keputusan telah dibuat.


    Dengan itu, SMK Seksyen 11 telah dibuka secara rasminya pada 11 Ogos 1990 dan sekolah ini merupakan sekolah harian berasrama satu bidang sahaja. Waktu persekolahannya adalah dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.

About SMK Project 11

Popular Posts

TEMAN